FANDOM


Nota Pengarang

Blog ini merupakan terjemahan daripada Blog Pengguna:Yatalu/Merge.


Kandungan

Hai semua. Sejak beberapa ketika, saya telah memerhati TranslateWiki. Wiki ini diasaskan pada tahun 2005 dan sejak itu telah dipindahkan untuk menjadi projek MediaWiki yang rasmi. Walaubagaimanapun, kedua-dua URL dan kandungan wiki tersebut kelihatan seperti agak menarik bagi saya. Oleh itu, saya masih menimbangkan satu penggabungan untuk kedua-dua wiki kita (wlb.wikia dan translation.wikia). Secara kukuhnya, saya telah memikirkan perkara yang berikut:

  • Kita akan memindahkan kandungan dan imej daripada wlb.wikia → translation.wikia
  • Kita akan memohon untuk sebuah (Kamus: ruang nama)
    • Kandungan translation.wikia yang sedia ada (yang mana merupakan terjemahan perkataan/frasa) boleh dibawa ke ruang nama ini
    • Perkataan Minggu Ini juga boleh ditambah ke dalam ruang nama ini
  • Saya akan meminta Staf Wikia sekiranya boleh untuk memindahkan dinding mesej daripada wlb.wikia ke wiki yang lagi satu
  • Kita akan mengambil URL wlb.wikia, sebab projek kita bukan sahaja terjemahan
  • Kita akan mengekalkan nama dan susun atur laman ini

Dengan cara ini, kita boleh sama-sama memelihara wiki yang lama dan menggunakan kandungannya untuk sesuatu yang baru, dan membina kedua-dua projek yang serupa bersama-sama memandangkan "TranslateWiki" sekarang sudah berpindah ke tempat lain.

Cara/Kaedah/Metode

Saya telah berfikir bahawa kita boleh melakukannya dengan turutan berikut:

  1. Saya menerima wiki tersebut daripada Community Central (Pusat Komuniti)
  2. Saya meminta supaya dinding mesej dan peta kita dipindahkan melalui Special:Contact
  3. Saya mencipta ruang nama Portal: Terjemahan: Pembetulan: Kamus: di wiki yang lagi satu
  4. Saya mengeksport/import hak pengguna kumpulan wiki kita
  5. Saya mencipta semula susun atur kita di dalam wiki lagi satu
  6. Kita memindahkan halaman yang telah wujud (apabila mereka perlukan) kepada Kamus:
  7. Kita menyemak untuk salinan di halaman yang lagi satu, supaya tidak bertindan satu sama lain
  8. Kita mengeksport/import isi kandungan dan memuat naik semula imej-imej
  9. Saya meminta supaya penggabungan dimuktamadkan melalui Special:Contact

Soalan

Ada soalan ataupun komen? Saya mungkin terlupa untuk meliputi beberapa topik. Sila berikan pandangan anda tentang penggabungan ini, dan memberitahu sama ada anda menyokong atau membantahnya :) terima kasih! Anda juga boleh mengundi di sini, tetapi saya akan lebih menumpukan pada orang yang menulis maklum balas mereka.

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.