FANDOM

Brandon Pow

Chat moderator
  • I live in Kuching, Sarawak, Malaysia
  • I was born on September 29
  • I am Male
WLB-Malay MS | Malay translator
Pengguna ini adalah ahli Pasukan Bahasa Wikia yang fasih berbahasa Melayu.
EXPAND 
Pasukan Bahasa Wikia merupakan projek sukarela yang diwujudkan oleh pengguna-pengguna Wikia dalam usaha membantu kerja penterjemahan antara komuniti Wikia dalam pelbagai bahasa. Anda boleh memohon ahli-ahli projek ini untuk menjalankan kerja penterjemahan. Sila lawati laman projek utama untuk mengetahui pengguna-pengguna dan bahasa-bahasa yang dikuasai mereka. Jika anda ingin seseorang ahli membuat kerja penterjemahan, sila tinggalkan permohonan anda di 'Talk Page' atau 'Message Wall' mereka.

Menjadi Seorang Ahli Projek: Kebaikannya

  • Para ahli kumpulan ini akan mengutamakan permintaan anda terlebih dahulu.
  • Anda mungkin akan menjadi terkenal atas usaha-usaha anda dan mendapat lebih sambutan untuk Wiki anda.
  • Kerjasama anda akan membantu komuniti Wikia yang memerlukan bantuan.

Pasukan Bahasa Wikia sentiasa mengalu-alukan ahli-ahli baru! Untuk menyertai kami, sila letakkan nama pengguna dan tahap kefasihan anda di laman projek utama, di bawah setiap bahasa yang anda sudi menterjemah. Ingin membuat pertanyaan? Hubungilah ketua projek kami.

Bahasa Melayu (MS)Edit

Selamat datang ke laman web Pasukan Bahasa Wikia! Jika anda perlukan kerja-kerja penterjemahan dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu, janganlah segan; tinggalkan mesej untuk saya di laman mesej saya.

Jadi, sudah pastinya anda di sini untuk berkenalan dengan saya, kan? Saya merupakan seorang warganegara Malaysia yang berbangsa Bidayuh. Saya berasal dari negeri Sarawak. Kalau dibandingkan dengan pengguna-pengguna lain di sini, sayalah yang paling kurang berpengalaman dari segi teknikal dan penulisan kod Wikia. Jadi, jika anda sebenarnya memerlukan bantuan dengan CSS, saya hanya dapat menterjemah masalah anda kepada pengguna-pengguna lain. Sudah pastinya saya akan memberitahu penyelesaiannya kepada anda setelah dijawab oleh mereka. Maaf, ya?

English (EN)Edit

Hey, all! It's me, Brandon. If you need translations to and from Malay, leave me a message on my talk page.
...Okay, so you're probably here for some personal info, right? Try my Community Central profile to learn more.

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.