FANDOM


WLB Gold™ merupakan salah satu daripada pangkat-pangkat yang boleh diterima oleh ahli-ahli WLB. Anda boleh mencapainya setelah memegang pangkat-pangkat WLB Bronze™ dan WLB Silver™. Setiap satu daripada pangkat-pangkat ini melambangkan status pemegangnya yang istimewa, bahkan lebih mengagumkan lagi daripada yang lain (kerana setiap ahli WLB sudahpun dikira istimewa ♥).

Bronze (Gangsa) Edit

Anda akan diberi taraf WLB Bronze™ secara automatik setelah keperluan berikut telah dipenuhi:

Syarat-syarat Edit

  • Merupakan ahli WLB selama sekurang-kurangnya sebulan
    • Akan dibatalkan sekiranya pengguna meninggalkan WLB
    • Penyertaan semula akan dikira sebagai pengguna baharu untuk kelayakan ini
  • Mempunyai 50 suntingan atau lebih di wiki ini, tidak termasuk halaman-halaman yang berikut:
    • "User:" (halaman pengguna), "Thread:" dan "Board thread:"
    • Mana-mana halaman perbincangan ("Talk:", "Template talk:", ...)
  • Telah menyelesaikan atau menyumbang secara besar kepada 1 penterjemahan/pembetulan
    • Halaman permintaan dikira untuk penterjemahan dan pembetulan
    • Menulis artikel WLB penuh juga dikira sebagai penterjemahan
  • Masih aktiv di wiki ini dalam tahun ini
    • Aktiviti log (contohnya menukar gambar pengguna) juga dikira
    • Menyertai bilik sembang tidak dikira

Pemberian Pangkat Edit

WLB Bronze™ akan diberi sama ada oleh Standard-bearer ataupun seorang admin tetapi akan diberikan kepada sesiapa yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Silver (Perak)Edit

Setelah mencapai pangkat WLB Bronze™, anda boleh cuba untuk mencapai pangkat WLB Silver™. WLB Silver™ diberikan oleh Josep Maria Roca Peña, yang merupakan Standard-bearer wiki ini.

Syarat-syarat Edit

  • Memegang pangkat WLB Bronze™ selama sekurang-kurangnya sebulan dan masih memenuhi syarat-syaratnya
  • Merupakan ahli briged selama sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Mempunyai 100 suntingan atau lebih di wiki ini, tidak termasuk halaman-halaman yang disenaraikan di atas
  • Telah menyelesaikan atau menyumbang secara besar kepada 1 penterjemahan/pembetulan seperti di atas

Pemberian Pangkat Edit

Memenuhi syarat-syarat di atas tidak bermaksud pemberian pangkat WLB Silver™ secara automatik. WLB Silver™ hanya diberikan oleh Standard-bearer wiki ini, Josep Maria Roca Peña, yang memilih pengguna daripada WLB Bronze™ untuk menerima pangkat Silver™.

Gold (Emas)Edit

WLB Gold™ hanya boleh diberikan kepada pemegang pangkat WLB Silver™ yang luar biasa♪ Pangkat ini diberikan oleh Yatalu.

Syarat-syarat Edit

  • Telah memegang pangkat WLB Silver™ untuk sekurang-kurangnya sebulan dan masih memenuhi syarat-syaratnya
  • Mempunyai 250 suntingan atau lebih di wiki ini, tidak termasuk halaman-halaman yang disenaraikan di atas
  • Merupakan pengguna cemerlang yang menyumbang secara positif kepada WLB

Pemberian Pangkat Edit

WLB Gold™ hanya boleh diberi oleh Yatalu. Sepertimana dengan Silver™, pangkat ini tidak semestinya akan diberikan hanya dengan memenuhi syarat-syarat di atas; ianya sepatutnya dilihat sebagai anugeah untuk keahlian yang luar biasa dan bukannya sebuah "hak" yang boleh dituntut.

Menarik Balik PangkatEdit

WLB Gold™, Silver™ dan Bronze™ boleh ditarik balik dalam kes-kes tersebut:

  • Apabila peraturan wiki dilanggar (dilihat mengikut kes)
  • Apabila syarat-syarat pangkat tersebut tidak lagi dipenuhi (sentiasa)
  • Apabila pengguna WLB Gold™ dihalang (block) secara global (sentiasa)

Tambahan pula, jika anda telah meminta atau mengilat-ngilatkan penerimaan pangkat-pangkat WLB Silver™ atau Gold™, anda tidak lagi layak untuk menerima pangkat-pangkat tersebut.

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.