FANDOM


Pembantu Wikia adalah ahli-ahli Pasukan Sukarela Antarabangsa Wikia (IVT). Mereka bukan sebahagian daripada pasukan Wiki Briged Bahasa, tetapi mereka memberi bantuan am kepada pengguna-pengguna dalam bahasa mereka: sokongan pengguna, soalan teknikal dan sebagainya.

Kerja-kerja Pembantu Edit

Perkara yang dilakukan Pembantu termasuklah:

  • Membantu pengguna dalam bahasa yang mereka fahami dengan masalah teknikal dan lain-lain
  • Mengurus Pusat Masyarakat dalam bahasa yang mereka fahami (contohnya Comunidad Central atau Centrum Społeczności)
  • Mengendalikan permintaan untuk mengambil alih wiki dan menubuhkan pautan antara wiki pelbagai bahasa
  • Permintaan tumpuan dalam mana-mana bahasa selain Bahasa Inggeris
  • Menterjemah blog-blog staf yang berguna bagi pengguna bahasa mereka
  • Menghasilkan Wikia setempat untuk bahasa mereka

WLB ≠ IVT Edit

Briged Bahasa Wiki bukan sama dengan Pasukan Sukarela Antarabangsa. WLB merupakan projek sukarela yang terbuka kepada semua ahli, manakala IVT bukan terbuka kepada semua ahli. Para pembantu dipilih oleh ahli staf Wikia dan mempunyai kebenaran tertentu untuk semua wiki, yang boleh dibaca di sini. Penyertaan dalam Briged Bahasa Wikia tidak memberi anda mana-mana hak tambahan dalam wiki-wiki lain.

Persamaan antara WLB dan IVT adalah matlamat mereka: untuk memperbaiki komuniti antarabangsa Wikia. Oleh itu, anda mungkin dapat melihat kes di mana kedua-dua pasukan ini bantu-membantu antara satu sama lain - kami akan membantu wiki yang tidak mempunyai Pembantu rasmi, dan Pembantu mungkin akan membuat pembetulan di wiki ini. Sila ambil perhatian, ini bukanlah persetujuan rasmi dan kerja-kerja antara pasukan bergantung kepada pengguna yang membantu itu sendiri.

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.